Header Ads

Menu berpantang saya : Resepi Tenggiri Lemon


Lauk maktang hari ni. Masak simple simple sahaja.

Bahan bahan:

  • Ikan tenggiri 3ketul
  • Lemon 1biji
  • Bawang merah 1ulas
  • Garam 2sudu besar
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara cara:

  • Perah air lemon,asingkan.
  • Tuangkan air lemon ke dalam bekas berisi ikan tenggiri dan garam.
  • Kulit lemon jangan dibuang,ambil sedikit,potong nipis nipis dan perapkan sekali bersama ikan tenggiri tadi.
  • Jangkaan masa perapan,30min. Lagi lama perap lagi sedap.
  • Setelah cukup masa,panaskan minyak.
  • Goreng ikan tenggiri yang diperap tadi bersama kulit lemon. Asingkan.
  • Kemudian goreng bawang bersama lebihan air lemon yang digunakan untuk perap ikan.
  • Tuangkan sekali,siap.

Ps: nak lagi sedap letakkan cilipadi,tapi maktang tak boleh makan pedas,makanya takde cilipadi dalam ni. 😁

Kena dengan nasi panas2,sedaaap.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Ikhlas,
Maktang.
Powered by Blogger.