Header Ads

Ini Kisah Nurul, Andorra dan Azzam Kelahiran Anak Ke Empat




Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaNya. Saya telah selamat melahirkan khalifah anakanda yang ke-4 pada 5 Julai 2018. Hari ini merupakan hari ke-28, diberikan kekuatan untuk berkongsi rahsia di sebalik Nurul, Andorra dan Azzam. Moga garapan ini sedikit sebanyak membantu sahabat untuk membuat persiapan dari segala aspek untuk menyambut ahli baru dalam keluarga....

Nurul


Bermula tahun 2016 lagi, pencarian untuk mendapatkan doktor wanita untuk menyambut kelahiran telah bermula, dan berakhir dengan menemui Dr Khamsiah di Annur.  Hati melonjak girang sementelah dimaklumkan bahawa beliau sendiri yang akan menyambut kelahiran bayi, sekiranya pemeriksaan ketika mengandung dilakukan dengan beliau. Alhamdulillah, dengan izinNya, kelahiran Abdullah disambut oleh beliau walaupun pada tika itu, dikeheningan pagi, 1.34pagi.

Tatkala mengetahui diri ini berbadan dua kembali, lantas terlintas di fikiran untuk mendapatkan khidmat Dr. Khamsiah lagi. Risik punya risik, dimaklumkan bahawa beliau telah membuka hospital bersalin sendiri di Seri Kembangan dan kebetulan jaraknya tidaklah sampai 30km dari rumah yang kami diami.

Andorra

Sumber : Facebook Andorra Women & Children Hospital

Sekiranya anda ingin bersalin di Andorra, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membuat tempahan adalah seperti berikut:
  1. Dial 0389661133, talian 24jam, maklumkan bahawa anda ingin membuat janji temu pertama, maklumkan due date bila dan doktor pilihan anda. Saya membuat janji temu pada usia kandungan 8 bulan. Minimum untuk menikmati pakej bersalin di Andorra adalah 2 kali check up di sana.
  2. Datang pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Disarankan datang awal setengah jam daripada waktu tersebut. Sekiranya anda terlebih dahulu membuat pemeriksaan di klinik kerajaan, jangan lupa bawa buku pink, tau.
  3. Lapar?  Jangan risau, di Andorra, ada disediakan mini kafe di ruangan lobby, ataupun boleh juga membeli di Stesen Minyak Shell yang berhadapan dengan Andorra ataupun boleh ke deretan kedai di tepi Andorra, ada kedai makan. Nak lebih ekslusif, boleh cuba Andorra by Chef Zubir. Pasti tidak mengecewakan anda. 
  4. Nantikan nama anda dipanggil di bilik doktor, lambat sikit itu biasa kerana Andorra ramai ibu - ibu yang check up.
Deposit untuk bersalin di Andorra :
RM1000

Caj pemeriksaan di Andorra:
RM185 (tidak termasuk caj ubat-ubatan)
*ini merupakan caj ketika masih adanya GST dan harga semasa mungkin berubah..

Caj kecemasan:
RM200++ (saat turunnya tanda untuk melahirkan, anda akan dibawa ke bahagian kecemasan terlebih dahulu untuk diperiksa oleh specialist sebelum dibawa ke wad/labour room. Ketika di bahagian kecemasan, anda akan diberikan bil berasingan, yang perlu diselesaikan bayarannya sebelum naik ke wad)

Harga semasa discharge:
Kiraan adalah mengikut pakej yang diambil Single, Double atau Four Bedded.
Saya pilih four bedded dan bayaran semasa termasuk tambahan caj adalah sebanyak RM2,266.90

Jumlah keseluruhan bagi proses bersalin saya adalah seperti berikut bermula daripada membuat pemeriksaan awal sehinggalah bersalin:

26 Mei 2018 RM 302.15 FIRST CHECK UP
09 JUN 2018 RM 185.00 SECOND CHECK UP
20 JUN 2018 RM 250.85 THIRD CHECK UP
25 JUN 2018 RM 185.00 FOUR CHECK UP
02 JULAI 2018 RM 239.00 FIVE CHECK UP
03 JULAI 2018 RM 1000.00 DEPOSIT
03 JULAI 2018 RM 256.50 FIRST WARDED
05 JULAI 2018 RM 205.20 EMERGENCY BILA AIR MENTUBAN DAH KELUAR
06 JULAI 2018 RM 80.00 HEARING TEST DAPAT DISCOUNT ROOM CHARGES RM 80.00
06 JULAI 2018 RM 2,266.90 DISCHARGE

JUMLAH KESELURUHAN: RM 4,970.50

Azzam


Pernah tonton / dengar / membaca karya kang Abik? Ketika Cinta Bertasbih? Ha, ketika itu saya masih di tahun akhir pengajian di salah sebuah universiti di ibu kota. Asbab dengan karakter yang dibawa oleh teraju utama beserta keindahan maknanya jadinya putera keempat ini dinamakan Azzam. Abdullah Khairul Azzam. 

Dugaan dari awal kehamilan sehinggalah menempuh perjalanan hampir sejam setiap hari menaiki MRT ke tempat kerja, sangatlah memerlukan keazaman yang tinggi. 

Setelah diberikan cuti sakit untuk berehat, hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Kebetulan sebelum itu, saya pernah diadmit sekali di Andorra (rujuk post sebelum ini). Jadinya, pengalaman masuk ke wad kali ini lebih mudah.



Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan proses bersalin berjalan dengan lancar, bermula jam:

11.00am   Air mentuban sudah mula bocor di rumah. lantas hubungi suami untuk ke Andorra

12.00pm  Sampai di Andorra dan terus ke bahagian Kecemasan. Diperiksa oleh specialist di situ dan suami dibenarkan berada bersama -sama ketika di periksa.
1.00pm   Dibawa naik ke wad.
2.00pm   Dr Khamsiah tiba, pemeriksaan dilakukan dan sesi konsultasi bersama kami suami isteri. Pilihan diberikan dan kami membuat pilihan yang dirasakn terbaik buat ibu dan bayi.
4.00pm Prosedur dimulakan sambil suami berada disisi. Masih boleh senyum, ketawa melayan kontraksi. Lepas rindu di kampung bilamana bertemu dengan Nurse yang berasal dari utara jugak. Hehehe
5.30pm  Mak Yang membantu menganbil wudhuk untuk menunaikan solat Asar di atas katil dan dibantu dipinjamkan telekung. Mak Yang juga membantu bersama-sama membacakan surah Yasin saat gesaan kontraksi mulai ketara.
7.06pm Lahirlah seorang khalifah bernama Azzam disambut oleh Dr Khamsiah. Alhamdulillah.

Selesai semua prosedur, dengan Abinya diberikan kesempatan untuk merakam video, memotong tali pusat, azan dan iqama.

Masa secukupnya juga diberikan antara bayi dan umminya, untuk memulakan penyusuan susu ibu. Sejam pertama itu penting tau, sekiranya tiada komplikasi sama ada di pihak ibu mahupun bayi.

Memandangkan  hampir waktu Maghrib, Abi Azzam pun menunaikan solat Maghrib di bilik bersalin tersebut dengan dibantu oleh Nurse dengan disediakan plastik untuk melapik lantai bilik dan juga sejadah.  Alhamdulillah....

Selepas selesai di bilik bersalin, bermulalah waktu rehatnya di atas katil. Lega sekejap selepas berhempas pulas meneran, setelah kehilangan tenaga, menjamulah selera makan malam masakan special chef zubir.

 Menu Utama Makan Malam

 Sayur- Sayuran

 Buah - Buahan

Tidak ketinggalan Jus Mango

Demikianlah kisah Nurul, Andorra dan Azzam Kelahiran Anak Ke Empat...

Coretan ini untuk dijadikan imbasan tatkala sicomel ini menginjak dewasa. 
Powered by Blogger.