Header Ads

PANTAI eco Park : Tarikan terbaru di Pantai Dalam, Kuala Lumpur

PANTAI Eco Park :  Loji rawatan sisa kumbahan ke tapak rekreasi


Assalamualaikum selamat sejahtera..

Ramai ke Orang Pantai Dalam kat sini?

Baru baru ini kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi tapak rekreasi yang bakal menjadi tarikan utama di Kuala Lumpur. Sebelum ini, ada sepupu memaklumkan melalui Facebook berkenaan asal usul nama Pantai Dalam. Pantai Tahi Dalam. Puas juga berfikir tentang kesahihan ini, namun ada benarnya jugak. Ini kerana, di sini terdapat dua loji utama . Satu yang telah bertukar menjadi tapak rekreasi dan satu lagi masih berfungsi seperti biasa.

Untuk makluman, di tapak rekreasi Pantai Eco Park ini, masih lagi beroperasi seperti biasa lojinya. Cuma dengan menggunakan teknologi terkini, dalam masa yang sama dapat beroperasi sebagai tapak rekreasi. TANPA BAU YANG TIDAK ENAK.


kat sini pun digalakkan kitar semula,tau.

Dimaklumkan yang tapak ini dibuka mulai 7 pagi sehingga 7 malam, masuk adalah PERCUMA. Menariknya, terdapat juga Taman Herba, Air pancut, Alat senaman , dewan serbaguna dan banyak lagi. Ianya amat sesuai untuk kegunaan aktiviti setempat.

Pandangan jauh. Jarak antara tempat parking dan juga taman mainan kanak-kanak.

Cuba teka gambar apa tu? hehehe.

Taman Permainan Kanak-kanak

Tengah stress? Tak perlu risau, kat sini juga ada jambatan hijau, tau. Boleh bantu untuk tenangkan minda dan jiwa.

 

Ha, kan dah bagitau. Nanti kalau ke sini, jangan lupa cari port ni . Tenangkan minda. Yang pasti, air ni tak bau busuk. Hehehehhehe...

Jogginglah sepuas hati. larilah seluas langkah, Dah selesai, boleh la cari air kepala muda, buat penghilang dahaga. Dekat je kedai makan kat area sini. Jangan lupa datang ke sini tau.



No comments

Powered by Blogger.