Header Ads

Udang Butter #abgdyas



Alhamdulillah syukur, sudah selesai ibadah puasa pada hari ke-17 Ramadhan 1438 H.
Setelah seharian meluangkan masa bersama anak-anak, petang tadi puas berfikir menu apa nak masak untuk berbuka. Apatah lagi hari ini mnerupakan cuti Umum sempena Nuzul Al-Quran. Kebetulan pada hujung minggu yang lalu terlihat satu rancangan di mana menunjukkan Sharifah Shahira menyediakan juadah Shell Out untuk hidangan berbuka. Kebetulan hajat di hati nak menghabiskan stok udang di dalam peti, maka terhasillah Udang Butter #abgdyas.

Kelebihan Udang Butter #abgdyas
  • bahan yang mudah disediakan
  • mesra kanak-kanak
  • apa yang ada di dapur,itu yang kita masak
  • TIDAK pedas
Bahan-bahan yang diperlukan :

Udang (anggaran dalam 12-15 ekor,saiz sederhana)
Minyak masak (untuk menggoreng udang)
Bawang putih (3 ulas, diracik halus)
Lada sulah (secukup rasa)
Mentega (unsalted, 3 sudu besar) -kalau tak nak gunakan mentega pun takpe, gunakan minyak masak sahaja
Garam (satu sudu, sekiranya menggunakan mentega salted,tak gunakan garam pun ok)
Daun kari (mengikut kesukaan, suka lebih letak banyak sikit.hehehe)
Lobak merah
Brokoli
Santan     (secukupnya, nak kuah lebih letak banyak sikit.boleh juga gunakan susu cair )
Serbuk kari udang/ikan  (secukupnya)

Cara-cara:
  1.  Gaulkan udang bersama garam dan sedikit lada. Gorengkan. Jangan lama sangat goreng,nanti udang terlebih masak, tak ummph.
  2. Panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan daun kari. 
  3. Masukkan serbuk kari,lobak merah, brokoli dan sedikit garam. Gaulkan seketika. 
  4. Masukkan pula santan.
  5. Setelah santan dan adunan bersama serbuk kari sekata, masukkan udang yang telah digoreng.
  6. Kaup balik seketika. Siap.

Sedia dihidang bersama nasi panas.

Selamat mencuba

1 comment:

Powered by Blogger.