Header Ads

Dobi Layan Diri & Balik Kampung

Assalamualaikum, Alhamdulillah gembira rasanya di hati Syawal yang dinanti telah pun tiba. Bagaimana dengan sambutan Syawal anda? Saya biasa-biasa aja, almaklumlah menempuhi perjalanan KL - Jitra- Tumpat - KL. Tidak keterlaluanlah jika dikatakan perjalanan kami selama dua hari dihabiskan atas kereta. Penat,tapi berbaloi bila dapat berjumpa dan meraikan Syawal bersama keluarga tersayang.

Dalam sebarang majlis, apabila berkumpul ramai-ramai, pasti selepas itu akan berebut untuk membasuh pakaian kan. Kalau kat rumah tu ada mesin basuh, ha berebutlah nak mneggunakan mesin basuh. Lagi-lagi kalau ada anak-anak kecil yang terkucil di atas tilam ataupun cadar kan. Hehehehe. Samalah dengan saya. Syawal kali ini, boleh pulak si Angah terkucil di rumah tokmeknya. hihhihi. Tika di Jitra, baju dah siap basuh, hujan pulak turun, jadinya baju tak sempat kering. Langkah terakhir untuk mengatasi segala masalah ini adalah dengan ? DOBI LAYAN DIRI lah jawapannya. 😌 hehehe, nasiblah di Jitra dan Tumpat ada. Sangat-sangatlah membantu.

Harga perkhidmatan kedai Dobi Layan Diri di Tumpat


Ada sesetengah kedai dobi menyediakan perkhidmatan penukaran duit kepada token, ada yang menyediakan perkhidmatan penukaran daripada duit kertas kepada duit syiling.

Gambar-gambar di atas merupakan antara keadaan Kedai Dobi di Tumpat. Di Jitra, saya menggunakan perkhidmatan Laundry Bar. Rasanya ni jenis francais kot sebab pernah nampak yang sama di Kuala Lumpur ni.

Rasanya Dobi Layan Diri dan Balik Kampung lepas ni bakal menjadi sahabat karib. Akmaklumlah, lepas ni tidak lagi susahkan ibubapa atau saudara mara yang tinggal di kampung untuk membasuh pakaian mahupun cadar yang telah kita gunakan. Dobikan aje, keringkan, lipat, siap. Balik rumah pun dah tak perlu terkejar-kejar nak basuh baju kerana semuanya telah siap di basuh. Anggaran untuk basuh dan kering bagi sekali basuh adalah RM10++. Oklah kan.

Ini pun boleh menjadi salah satu trend perniagaan yang pasti mendapat sambutan selepas ini. Cumanya, terfikir jugak, andaikata terjadinya krisis air, industri ini pasti juga mendapat kesan kan.


Sahabat, pernah gunakan perkhidmatan macam ni tak? Boleh drop komen kongsikan pengalaman. 😀


No comments

Powered by Blogger.