Pemantauan BSP sewaktu Ramadhan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah , dengan izinNya diberikan kesempatan sekali lagi untuk mencoretkan sesuatu di sini. Tidak lama lagi kita akan diziarahi oleh Ramadhan. Bulan yang sangat dinanti-nantikan. Masih segar dalam ingatan, pada tahun lepas (2016) saya menyambut Ramadhan berdua. Pada ketika usia kandungan 8 bulan (Abdullah di dalam kandungan) .
Saya tahu dan pasti perkara yang paling dirungsingkan oleh ibu-ibu hamil adalah perlunya membuat blood sugar profile (BSP) sebanyak 4 kali sehari. Kebiasaannya ianya perlu dilakukan oleh ibu-ibu hamil yang positif menghidap kencing manis (diet control)
Untuk makluman, bagi kandungan kedua dan ketiga, saya didapati positif (Gestational Diabetes) GDM. Namun, Kencing manis yang saya hidapi hanya sewaktu hamil sahaja, kerana apabila ujian dilakukan sekali lagi setelah bersalin, Alhamdulillah, bacaan paras gula kembali normal. Baiklah, kembali kepada BSP. 😀 Kebetulan pula tatkala diarahkan oleh doktor untuk membuat bacaan BSP, tarikhnya jatuh pada bulan Ramadhan.
Pada mulanya, ingatkan tidak boleh berpuasa, almaklumlah bacaan BSP biasanya dilakukan pada pukul 8 pagi,10 pagi, 2 petang dan 8 malam. Setelah diselidiki dan bertanyakan jururawat, dimaklumkan terdapat cara untuk membuat bacaan BSP dan dalam masa yang sama meneruskan ibadah puasa. Alhamdulillah, lega rasanya.
Berikut merupakan urutan waktu untuk mengambil bacaan BSP sewaktu Ramadhan (untuk makluman, bacaan BSP saya lakukan sendiri, keranan tuntutan kerja tidak mengizinkan saya untuk selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan BSP. Lagipun, dengan adanya alat tersebut, secara tidak langsung saya alert dengan bacaan saya)
WAKTU MENGAMBIL BACAAN BSP PADA RAMADHAN
1) SEBELUM berbuka puasa
2) 2 JAM setelah berbuka puasa
3) SEBELUM sahur
4) 2 JAM setelah bersahur
1) SEBELUM berbuka puasa
2) 2 JAM setelah berbuka puasa
3) SEBELUM sahur
4) 2 JAM setelah bersahur
Jadinya pada paginya, sekiranya perlu memaklumkan kepada jururawat bacaan yang diperoleh, jangan lupa maklumkan pulak. Penting tau bacaan BSP kerana ia menunjukkan bacaan paras gula dalam darah.
Suka saya nak share di sini, sewaktu kandungan kedua, saya masih belum memiliki glucometer (alat yang digunakan untuk BSP). Saat saya ke klinik 1 Malaysia, dimaklumkan jarum telah habis. Oleh yang demikian, saya lantas bergegas ke klinik swasta yang berhampiran. Sewaktu berjumpa doktor, sempat saya bertanyakan mengapa terjadinya kencing manis sewaktu hamil. Doktor tersebut memaklumkan bahawa ada kalanya kedudukan bayi di dalam kandungan juga menyebabkan perlakunya GDM ini.
Kedudukan bayi yang menekan pankreas (yang berfungsi menghasilkan insulin) menyebabkan insulin gagal dihasilkan secukupnya lantas menyebabkan ibu hamil itu didiagnos GDM. Setelah bersalin, bayi telah keluar, jadinya bacaan insulin kembali pulih.
Kalau difikirkan ada logiknya jugak,kan. Almaklumlah, setelah bersalin dan perlu minum air gula sekali lagi, bacaan yang diperoleh adalah normal. Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang dikesan menghidapi GDM sewaktu hamil mereka juga berisiko tinggi untuk menghidap kencing manis selepas itu.
Oleh yang demikian, jomlah kita sama-sama menjaga kesihatan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman dan sentiasa berfikiran positif. Elakkan pengambilan gula putih, gantikanlah dengan gula perang mahupun gula organik. Sedap pun sedap, sihat pun sihat.
Sekianlah perkongsian saya pada kali ini berkenaan BSP. Sampai berjumpa lagi pada post yang akan datang.
Ada apa-apa nak tanya ke?
Silakan. 😃
Post a Comment