Rasanya masih tak terlambat untuk membuat coretan berkenaan makanan bayi ketika berusia 8 bulan. Abdullah bakal mencecah 9 bulan pada 5 Mei 2017 ni. Lama rasanya dia tidak diberikan Avocado. Untuk makluman, ketika check up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak sewaktu berusia 6 bulan, grafnya tak cantik; berat tidak naik dengan elok. Ada yang cadangkan untuk berikan nestum, MILNA rusk. Maaf, cadangan itu perlu ditolak mentah-mentah. Ada yang menyarankan memberikan
AVOCADO aka ALPUKAT dan
meletakkan
minyak zaitun di dalam makanannya . Ha, cadangan ini diterima dengan berlapang dada.
Dulu, tak berapa nak berselera sangat makan avocado ni. Rasanya yang berlemak, pahit pahit sikit;lain macam je. Hahahah. tapi bila dah dimaklumkan avocado dapat membantu menambahkan berat selain daripada mempunyai khasiat yang bagus, usaha jugak untuk makan. Caranya, ambil isi avocado yang telah masak, lenyekkan. Sekiranya nak mesin bagi halus / hancur pun boleh, tiada masalah. Nak campur dengan susu pun boleh.
|
Hasil belian di Sogo minggu lepas. Walaupu hijau di luar, dalamnya sudah masak. RM27++, tapi kalau di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail, boleh dapat 3 biji RM17.90.
|
Cara nak makan avocado ni mudah je. Potong dua, keluarkan biji pada bahagian tengah, kaupkan isi menggunakan sudu, lenyekkan atau masukkan ke dalam mesin, putar dan siap. Mudah je kan?
|
Sedapnya.....
|
|
Close up. Comot pun comotlah, janji habis. |
Untuk minyak zaitun, saya memilih Palestine Extra Virgin Olive Oil (
PEEVOO) yang boleh diperoleh di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail. Antara ikhtiar saya menggunakan PEEVOO ini adalah dengan menyuap sedikit kepada Abdullah pada setiap pagi. Dalam masa yang sama, dicampurkan ke dalam bubur yang dimasak setiap pagi sebagai bekalan ke rumah pengasuh (mak). Selain itu, seusai memandikannya, minyak zaitun juga dilumurkan ke seluruh badan, menggantikan minyak aromaterapi sewaktu sesi urutan . Best sangat bila bau baby, bau minyak zaitun.
|
PEEVOO : RM150
|
Minggu depan ada check up sekali lagi di KKIA, kita tengok hasilnya ya. Jom makan AVOCADO dan gunakan minyak zaitun ya. ☺
Post a Comment