Header Ads

Untungnya Anak-Anak Kini

Assalamualaikum Selamat Sejahtera

Penghujung April , saat yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Almaklumlah, dah tak lama lagi nak bertemu Ramadhan. Rindunya alahai.

Masa ni, alang-alang keluar meluangkan masa bersama keluarga, singgah sebentar ke taman permainan kanak-kanak menunaikan hajat anak anak.


Saat menunggu anak-anak bermain, kelibat kanak-kanak lain juga kelihatan. RAMAI. Tiba-tiba terlintas alangkah untungnya anak-anak dewasa ini, kan. Apa sahaja yang dihajatkan, akan dapat. Nak bermain, diturutkan. Nak basikal baru, dibelikan. 

Zaman dahulu, nak minta pada ayah untuk belikan mainan, aiskrim pun berfikir dua tiga kali. Mau taknya, kalau salah percaturan, memang takkan dapat. Nak menangis, memang tidak akan dapat apa-apa pun,kan. Akhirnya, pendam sahajalah. Kalau tiba-tiba ayah atau emak tanya nak apa, umpama bulan jatuh ke riba. Betul,kan.

Apakah maknanya?

Caj untuk memasukkan anak-anak ke taman permainan di pasar raya bukanlah murah. Ada kalanya dikira berdasarkan jam, ada yang dikira berdasarkan per entry. Makin lama anak-anak bermain, makin mahal caj yang dikenakan. Ini menunjukkan kemampuan ibu bapa dewasa ini dalam membuat pembelian sudah makin meningkat. Taraf hidup sudah naik.(ye ke?)

Selain daripada itu, gaya asuhan anak-anak nampaknya sudah ada perubahan. Ibu bapa kini lebih memberikan pertimbangan atau keringanan terhadap cara didikan kepada anak mereka. Ada kehendak anak yang dituruti, ada yang tidak. Kalau dahulu sekiranya si ayah berkata tidak, maka tidaklah. Kini, sekiranya so ayah berkata tidak, masih ada kemungkinan untuk keputusan itu berubah kepada ya. (Betul tak)


Walau apa pun caranya, semua ibu bapa menginginkan yang terbaik terhadap anak-anak mereka. Semua orang perlu bekerja keras, smart dalam memastikan anak-anak mendapat yang terbaik. Apa jua yang kita lakukan, jangan abaikan anak-anak, keluarga yang tersayang. Gunakanlah masa yang ada, luangkan masa bersama . Mana tahu boleh dapat input-input yang berguna.


Untung kan anak-anak sekarang? ☺




No comments

Powered by Blogger.