Header Ads

DRYPERS : Menarik dan mengekalkan kesetiaan


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk mencoretkan satu lagi pengalaman untuk panduan diri dan ibubapa di luar sana.

Dahulu, Abdullah dipakaikan dengan Drypers.  Tapi disebabkan oleh beberapa masalah, kami sekarang bertukar sementara waktu kepada Huggies. (Disebabkan waktu nak beli Drypers kat Tesco, takde size Abdullah) 😀

Baiklah, sebelum bertukar seketika , dah mula perasan, eh kenapa pampers Drypers DryPants ni dah macam dulu. Tak de tape kat belakangnya. Ingatkan memang design baru. Hahaha. Itu macam pun ada ka?

Lepas tu dah mula perasan, eh kenapa satu ni ada tape, tapi tebal ya ampun. Besar gedabak pulak. Lalu jari jemari ni pun laju je google Drypers kat facebook. Terus PM. Dibagitau pulak untuk submit enquiry atau complain through website.

Bilamana dah submit form kat website, dalam beberapa hari selepas tu ada wakil daripa Drypers telefon. Tanya sama ada pampers tu masih ada lagi atau tak.  Kalau ada, minta poskan kembali kepada mereka beserta pek besarnya  untuk siasatan lebih terperinci. Waktu tu, tak teringat kata dah bagi kak mak pengasuh Abdullah, disebabkan time tu tengah gawat, jadinya bagi je pampers tu sementara nak beli pampers baru.
Wakil Drypers bagitau, kalau ada defect, cepat cepat maklumkan diorang . Nanti diorang akan semak kembali dan sebagai penghargaan, akan diberikan secara percuma 1 pek besar Drypers. (Wow, ini berita menarik)

Bilamana dah balik rumah, nampak gayanya Abdullah dah pakai pampers yang ada masalah tu, stok yang terakhir. Tak sempat nak hantar ke HQ untuk siasatan terperinci. Bila wakil Drypers telefon kembali, bagitau jelah, saya tak de yang fizikal, saya cuma sempat ambik video je. katanya video tak terima kerana mereka perlukan pampers tersebut untuk dihantar kepada bahagian kualiti untuk semakan lanjut. Haish......

Yang bestnya, wakil tersebut bagitau sebagai ucapan terima kasih, mereka akan menghantar beberapa pek trial. Ok lah. Saya terima seadanya.

Dan hari ni, dapat panggilan daripada Adik Skynet untuk ambil barang. Alhamdulillah, pek percubaan  telah selamat diterima. Sukanya Abdullah dapat pek tu.


8 pek percubaan yang dihantar oleh pihak Drypers.😊👍

Sukanya dia bila Ummi bawa balik bungkusan 😍

Berikut video yang sempat diambil tentang kecacatan / kekurangan pampers tersebut.

 

Disini saya nak kongsikan beberapa tips kalau selepas beli pampers anak, tiba tiba tengok ada defects.

  1. Jangan terus guna. Simpan stok tersebut beserta bungkusan.
  2. Terus hubungi talian khidmat pelanggan atau isikan aduan/maklumbalas di laman sesawang.
  3. Tunggu maklumbalas daripada pihak syarikat.
  4.  Ikut arahan yang diberikan oleh wakil syarikat.
Selamat mencuba!🙂

Surat daripada pihak Drypers 😍

Terima kasih vinda marketing

No comments

Powered by Blogger.