Header Ads

The Chicken Rice Shop : Buttered Chicken (Limited Edition)

The Chicken Rice Shop : Buttered Chicken (Sedap ke tak?)



Lama rasanya tak bawa anak anak keluar berjalan. Almaklumlah kami bakal tinggalkan Pantai Dalam nih. Alang - alang dah keluar, jadi bawa anak anak.ke Tesco Mutiara Damansara. Perut pun dah berbunyi selepas siap membeli barang keperluan. Singgahlah ke TCRS nih. Orang kat dalamnya pun tak ramai.

Tengah makan baru teringat nak ambil gambar. Hahaha.. jadinya dah ada bekas cuit lah gayanya. 😝

Ni la buttered chickennya. Sedap.. crunchy, lemak lemak. Anak anak memang suka. 

Ha... ni menu yang ada dalam set Buttered Chicken tu. CHICKEN ROLLS. 

Nak review skit tentang set ni. Manalah tau kot kot ada yang berminat nak cuba. 😁

Ok.

BUTTERED CHICKEN

❤ memang tak menyesal la cuba. Walaupun tengok kat menu, ada cili. Tapi bila makan, sedap. Rangup, masin, lemak. Dengan haruman daun kari. Terbaiklah. Anak anak pun suka.
❤ portionnya cukup untuk 3 orang dewasa makan dan 3 orang kanak kanak.

CHICKEN ROLLS 

🌟 pertama kali cuba. Hahahaha, rasanya masam masam. Try pulak cicah dengan sos yang ada dalam set. hmmmm.

🌟 kali kedua masuk mulut, husband dah mula tanya kenapa rasanya macam ni. Katanya macam daging ayam dah lama. Agak berbau. Mungkin sebab bahan perapannya kot
.
🌟siap panggil staf dia tanya memang rasa macam tu ke. Katanya ye. So,mungkin pada kami rasanya yang masam masam tu tak berapa kena. Kalau dia kasi limau ok kot untuk neutralkan semula. 😍

Dalam set buttered chicken ni, air tak termasuk sekali tau. Jadi, untuk pastikan mendapat air yang berkhasiat, jadi kami pun order jelah air suam. Hahahaha. Ok lah tu, kasi neutral skit kan.

Eh, jangan lupa try set yang baru tu tau. Kot - kot anda rasa lain daripada apa yang kami rasa. Boleh la share feedback. Tapi kena cepat sebab katanya limited edition.


No comments

Powered by Blogger.