Header Ads

Sambut Birthday Boy Dengan KEK TEMBIKAI

Kisah Birthday Boy disambut dengan KEK TEMBIKAI / WATERMELON CAKE



Sebiji tembikai
Peace, tengah cari ilham nak potong. Haha

Hasilnya. Skill takde nih. Hahaha. Asalkan jadi


Asalnya tembikai menjadi kek Hari Jadi.

Alhamdulillah, hari ni genap Abdullah setahun . Perancangan untuk meraikan hari lahirnya dibuat pada penghujung Julai yang lalu. Pada saat saat akhir, tak sempat pula untuk menempah kek idaman kalbu. Yang gluteen free. Almaklumlah bila umur makin bertambah, kesihatan perlu dijagakan. 😁

Setelah puas mencari, teringat akan kek tembikai ni. Jadinya dah set di fikiran, hari Jumaat nak ke Ben Independent Grocer untuk membeli buah buahan idaman kalbu. Sebelum tu, buat homework sikit dekat You Tube. Ala, taip je watermelon cake. Nanti jumpa la. Hehehehe.

Seusai balik kerja, terus bergerak mencari buah buahan hiasan dan buah yang utama, tembikai. Modalnya tak de la mahal mana ikut budgetlah. Nak tembikai besar mana dan buah apa yang nak.

Pagi Sabtu, yakni hari ni, siap basuh, potong dengan bantuan dua pembantu kecil maka terhasillah kek tembikai ni. Almaklumlah, Abdullah baru menjengah usia satu tahun, nak bagi makanan yang masin belum boleh lagi. Yang manis leting? Lagilah belum boleh. Alternatifnya, gantikan dengan manisan buah buahan.  😍

Tahun depan, kek tembikai lagi la kot no. Hahahaha.

Semoga membantu memberi ilham kepada anda semua. 😊


Sekian, sila share mana tahu dapat membantu ibu - ibu di luar sana yang ingin menyambut birthday anak masing - masing.

Ummi AQA / AA

No comments

Powered by Blogger.