Header Ads

Pengaruh Shampoo DALIN

♯Syampu DALIN Syampu DALIN, rambut lembut dan berkilat♯



Semenjak dua menjak ni, ruang maya di kaca TV kita sering dihiasi dengan iklan Syampu DALIN kan. Setiap kali muncul je, sampai anak-anak dah hafal pun. Dengan si Chicks yang comel, lagi la anak-anak suka.

Baru-baru ni, sekolah cuti hampir dua minggu kan. Sempena cuti penggal dan juga menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seronok la anak-anak, boleh duduk santai santai di rumah;termasuklah bangun lewat sikit. Hehehe 😁 (macam zaman kita kecik-kecik dulu la kan)

Selasa baru ni, dah bermula sesi persekolahan, makanya sesi drama pagi pun bermula la. Along dan Angah  masing masing bersekolah pagi, si abang pula akan ke rumah Ibu. Adoila, pelbagai ragam la nampak gayanya.  Dalam kemeriahan pagi tu, teringat yang si Angah selalu sangat duk menyanyi lagu DALIN nih.

Nah, tengok dan dengarkan lagunya ni di Youtube
(klik di sini)

Berkesempatan menjejakkan kai ke AEON Wellness, mata terpandang ke promosi PWP DALIN. Terus teringat dekat anak-anak, ok jugak ni jadi modal untuk bangun pagi. Tapi yang PWP tu, handwash punya. Cari punya cari, terjumpalah rak khas untuk jenama DALIN ni.

Rangkaian DALIN

Belek punya belek, terus mata terpesona pada bentuk microphone ni. Hahaha, nasib baik head to toe shampoo, memang tengah mencari pun. Terus ambil dua botol dengan harapan anak-anak tak berebut la.

Pujaan hati anak-anak


Balik rumah sahaja, kebetulan iklan DALIN muncul, terus bagitahu anak-anak, kalau nak mandi dengan syampu tu, besok pagi kena bangun awal. (Tipsnya: jangan tunjuk lagi dekat anak-anak, bagi diorang teruja sikit,hehehe). Pagi tadi, bukan main seronok lagi tengok bentuk syampu tu. Siap mandi sambil menyanyi, wangi je bau. Along siap pesan pada Angah, jangan guna banyak syampu tu, nanti cepat habis. 😂

Sekarang,ummi dah jumpa salah satu perkara yang boleh membantu anak-anak bangun awal. Anda?

Di bawah ni disertakan sedikit sebanyak berkenaan DALIN ni, untuk rujukan kita bersama. 

Berasal dari Turki rupanya .


1983? Ummi belum lahir lagi time ni. hehehee. Dari semasa ke semasa bertambah rangkaian DALIN ni.

Nah, ummi belanja lirik lagu iklan tu. Hehehe

Syampu DALIN Syampu DALIN
Rambut lembut dan berkilat
Tiada lagi air mata
Untuk mata cerah saya

Syampu DALIN Syampu DALIN
Baunya bayi asli

Syampu DALIN Syampu DALIN
Rasanya baik dan gembira





No comments

Powered by Blogger.