Header Ads

SESI 1 : TERAPI PERTUTURAN ABDULLAH QAYYUM ALIUDDIN 05 OKTOBER 2018





SESI 1 : TERAPI PERTUTURAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Setiap suatu,ada hikmahnya.

Masih ingat lagi tentang Abdullah yang dirujuk ke bahagian ini,untuk terapi pertuturan?

Alhamdulillah,hari ni ummi berjaya mengharungi sesi pertama untuk terapi ini. Untuk sesi ni, ummi perlu menghadiri sesi kaunseling dimana ibu / bapa dikumpulkan dalam satu bilik. Umpama sesi induksi lah apabila setiap ibu/bapa akan berkongsi kisah anak mereka. Perkembangan setakat ini dan apa masalah yang dihadapi menyebabkan dirujuk ke situ.

Tadi, Abdullah yang paling muda(2tahun). Bermula dari usia 2 tahun sehingga 11 tahun umur anak anak. Setiap anak, ada kisahnya.

Setelah selesai sesi induksi, ibu /bapa diberikan kertas untuk ditanda,apa yang telah dikuasai oleh anak masing masing.

Jadi,langkah pertama ummi dah tau la kat mana kekurangan dan perlu ditambah baik.

Antara tips yang diberikan:

1)sentiasa luangkan waktu yang berkualiti bersama anak anak,walaupun hanya setengah jam.

2)kalau anak menyebut naaaak aciiiik , ulang semula dengan ayat yang penuh seperti sayang ummi nak makan nasi ye.

3) dalam fasa umur 5tahun ke bawah,banyakkan ayat yang mengajar anak, jangan banyakkan ayat persoalan. Contohnya: Apa tu? --(ini yang biasa kita buat kan,sikit sikit apa tu,apa tu) 😂 nak ke waktu tu anak baru pertama kali nampak,tak ke susah anak nak menjawab. Cuba kita bagitau anak,wah,cantiknya rumah banglo tu,warna merah.

Kemudian,kami diberikan tarikh untuk sessi berikutnya.
Nanti dah sampai tarikhnya ummi share pulak apa yang jadi ye.


Tapi tadi,therapist sempat jumpa kejap Abdullah,memandangkan Abdullah dan Azzam ikut sekali. Katanya,daripada pemerhatian kasar,mungkin Abdullah hanya speech delay,yang lain ok. Doakan ya.. semoga Abdullah baik baik sahaja.

#speechtherapy

No comments

Powered by Blogger.