Header Ads

Rendang Ayam : Mudah dan Simple Cara Saya

Syawal sudah hampir menghilang. Zulqaedah bakal menjelma. Nampaknya , demam rumah terbuka masih belum lagi habis. Hehe, samalah kita. Jadinya, sebelum Syawal menghilang, saya nak kongsikan kepada pembaca semua resepi dan kaedah memasak rendang yang mudah dan sangat simple. Jom tengok di bawah ya. 😀


Percubaan kali pertama merendang. Alhamdulillah




RENDANG AYAM : MUDAH DAN SIMPLE

Bahan - bahan :

Ayam - 1 ekor
*Kunyit hidup - 2 ruas (sepanjang ibu jari)
Halia - saya menggunakan halia bentung yang dikisar menjadi serbuk (anggaran dalam 1 sudu besar)
*Bawang merah - 4 ulas
*Bawang putih - setengah labu
Bawang holland - 1 biji
*Cabai besar - 2 biji
*Cili padi - 2 biji
*Tomato - 1 biji
*Serai - 2 batang
*Buah keras -sebiji
Santan segar - 1 paket (anggaran RM3)
Kerisik  2 sudu ataupun secukup rasa
Garam - secukup rasa
Gula perang / gula merah / gula melaka - secukup rasa
Minyak untuk menumis - secukupnya
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Asam keping/ gelugur - 2 keping
Daun kari - secukupnya

Nota : bahan - bahan yang ditandakan * perlulah dikisar. Kalau rajin, boleh tumbuk guna lesung batu atau pun kalau terlebih rajin, guna batu giling. Hihihi. Rindunya nak gunakan batu giling tu. 🙂


Cara memasak :

* untuk makluman, saya menggunakan dua periuk untuk memasak. hahaha, pertama sekali periuk nasi elektrik dan kemudian periuk biasa. Sebabnya? Gunakan periuk nasi kerana daging dan tulang ayam akan lebih mudah lembut. Ala - ala pressure cooker gitu. Sambil tu, boleh sediakan bahan bahan lain atau siapkan kerja lain.

Baiklah, jom kita baca caranya ye.

1) Keluarkan periuk nasi, letakkan di atas dapur gas. Pastikan periuk nasi dalam keadaan kering.

2) Masukkan minyak masak secukupnya untuk menumis.

3) Apabila minyak sudah panas, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Kemudian masukkan bawang holland . Ketika bau tumisan sudah harum, bawang agak kelayuan umpama teratai layu di tasik madu tu, masukkan bahan bahan yang dikisar .

4) Setelah tumisan telah pecah minyak, masukkan ayam yang telah dibersihkan bersama asam keping. Gaulkan. Tutup api.

5) Ubah periuk nasi tadi daripada atas dapur gas, kembali ke periuk nasi elektrik. "On"kan suis. Biar sehingga butang menandakan lauk tersebut telah masak(bahasa mudahnya, butang tu dah bidas naik)

6) Setelah butang telah bidas, tutup suis periuk nasi dan pindahkan lauk tersebut ke dalam periuk kaca atau periuk biasa untuk mereneh rendang kita.

7) Masukkan daun kari, santan, garam dan gula secukup rasa.

8) Gunakan api yang kecil, renehkan sehingga kuah rendang agak pekat.

9) Jangan lupa rasa dulu. Untuk permulaan, jangan masukkan garam banyak sangat. Terlajak garam sudah tidak boleh diundur, gitu. Hehehe.

10) Dah sedap rasa semua, bolehla ditutup api dan dihidangkan.


Perhatian : Ini merupakan kaedah sebenar yang saya gunakan ketika memasak rendang ini. Siap je rendang ni, nasi impit pun dah siap direbus dan sedia untuk dinikmati. Maaf kalau ada langkah - langkah yang bercanggah dengan apa yang sepatutnya, bahan yang digunakan bercanggah sebab saya cuma gunakan bahan yang ada di dapur sahaja . Sebenarnya, nak lagi sedap gunakan daun kunyit ye, bukannya daun kari. Hahahaha.

Ada yang dah buat guna kaedah saya ke? Cuba share maklumbalas, ok ke?

Terima kasih kerana sudi membaca. 😃

NurulhayatiRamli




No comments

Powered by Blogger.