Header Ads

MYTV : Dekoder Percuma


Dah dapat ke belum set dekoder percuma MYTV?



Banyak pulak iklan tentang MYTV Broadcasting sekarang kan? Terus buatkan ummi teringat nak semak, ayah layak atau tak untuk dapatkan set dekoder percuma ni. Bukan apa, ada sesetengah penerima BSH dah terima set ni. Tapi menurut mak di kampung, tiada sebarang surat mahupun panggilan berkenaan penerimaan set MYTV ni.

Hasil risikan (cecewaaaah), ummi buka laman sesawang nih : http://www.mytvbroadcasting.my/   dan masukkan nombor kad pengenalan ayah, khabar gembira diterima. Alhamdulillah, ayah layak untuk menerima set dekoder tersebut. Dengan rasa terujanya, terus ummi telefon talian khidmat pelanggan untuk mengetahui maklumat lanjut mengapa sehingga kini masih belum menerima set tersebut.

1800-18-1088

Ingat nombor di atas ya untuk sebarang pertanyaan berkenaan MYTV. 😄

Tatkala berbicara dengan Pegawai Khidmat Pelanggan dan melepasi beberapa lapisan verifikasi, akhirnya ummi dimaklumkan untuk tunggu . 😬 Petugas bahagian pemasangan akan menghubungi ayah / emak untuk memaklumkan bilakah tarikh pemasangan akan dibuat. Ini disebabkan sehingga kini, masih ramai lagi penerima set dekoder ini tidak menerima set dekoder mereka. Sehingga bila perlu menunggu? Tiada jawapan yang konkrit diberikan.

Apa nak dibuat, benda PERCUMA, perlulah menanti dengan penuh kesabaran. Tak gitu.  😇

Di bawah ini disertakan langkah yang perlu dilakukan untuk membuat semakan tersebut:

Langkah 1: Cari semakan Set Dekoder Percuma BSH

Langkah 2 : Masukkan nombor kad pengenalan penerima BSH



Langkah 3 : Hubungi Khidmat Pelanggan untuk sebarang kemusyikan atau mendapatkan maklumat lanjut.



Untuk bacaan berkenaan FAQ, boleh rujuk di sini ya.


No comments

Powered by Blogger.